Sime Darby
Sime Darby Berhad Records RM345 million in Net Profit for Q2
Petaling Jaya

(Scroll down to read the Bahasa Melayu version)

First Interim Dividend of 4 sen per share declared

Sime Darby Berhad reported a net profit of RM345 million for the second quarter ended 31 December 2021 (Q2 FY2022), compared with RM633 million in the previous financial year’s corresponding quarter, which benefitted from the one-off gain of RM272 million on the divestment of the Group’s stake in Tesco Malaysia. 

Revenue for the quarter was down by 6.3 per cent at RM10.5 billion. 

Core net profit for Q2 FY2022 was 4.4 per cent lower at RM345 million, compared with RM361 million in the corresponding quarter last year, due largely to lower profits from the Industrial division’s China and Australasia operations. 

For the six-month period ended 31 December 2021 (1H FY2022), net profit was down to RM581 million from a year ago in the absence of the gain from the Tesco Malaysia deal.

Core net profit for the six-month period was down 8.2 per cent to RM581 million due to lower contribution from the Industrial division which was affected by overall industry volume contraction in China and weaker operating margin in Australasia. Revenue was down 4.1 per cent to RM21.2 billion for the period.

“We obviously benefitted from the one-off RM272 million gain from the sale of the Group’s stake in Tesco Malaysia last year. On a purely core profit level, for Q2 FY2022, we were able to deliver resilient results despite tough market conditions, and this is testament to our strong foundation and the effective strategy which we have put in place,” Sime Darby Berhad Group Chief Executive Officer Dato’ Jeffri Salim Davidson said.

“The Chinese economy, driven by consumer-led spending, remains very strong. However, a slowdown in infrastructure spending led to a decline in demand for heavy equipment, which together with intense competition from local Chinese original equipment manufacturers, impacted our Industrial China business.

Despite partial lockdowns in some of our markets, demand for motor vehicles remained strong. There has been some impact from supply constraints, and this has affected sales volumes, especially in China. On the flip side, our Malaysian operations were boosted by higher margins from car sales whilst our commercial vehicle deliveries in New Zealand increased significantly during the second quarter. 

China is the largest car market in the world and our most important market for the Motors division. We continue to believe in its growth potential for the long term. Therefore, we will continue to expand there in terms of luxury and electric vehicles distribution. We remain committed to our long-term growth strategy, which focuses on organic and inorganic expansion for the Motors and Industrial divisions in Asia Pacific. 

We believe our geographical spread across 19 countries in the world’s fastest growing economic region and our strong balance sheet places us in a good position to weather the short-term headwinds ahead and to capture any potential opportunities,” Dato’ Jeffri said.
  
“Despite the challenging operating environment we faced in the first half of FY2022, we are pleased to announce an interim dividend of 4 sen,” he added.
 

For further information, please contact: 

Tan Yee Pheng
Group Communications
Sime Darby Berhad
Tel: +60193816330
Email: tan.yee.pheng@simedarby.com

______________________________________________________________________________________

Sime Darby Berhad Catat Untung Bersih RM345 Juta bagi Suku Kedua 

Dividen Interim Pertama sebanyak 4 sen diisytiharkan

Sime Darby Berhad melaporkan untung bersih berjumlah RM345 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2021 (S2 TK2022), berbanding RM633 juta yang dicatatkan pada suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya, yang turut mengambil kira keuntungan sekali beri berjumlah RM272 juta daripada pelupusan kepentingan Kumpulan dalam Tesco Malaysia. 

Hasil bagi suku tahun yang dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion, penyusutan sebanyak 6.3 peratus. 
Untung bersih teras berjumlah RM345 juta yang dicatatkan pada S2 TK2022 adalah 4.4 peratus lebih rendah berbanding RM361 juta pada suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya, akibat kemerosotan keuntungan daripada operasi China dan Australasia bagi bahagian Perindustrian. 

Untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2021 (Separuh 1 TK2022), untung bersih menyusut hingga ke RM581 juta berbanding setahun lalu, berikutan ketiadaan untung daripada jualan kepentingan Kumpulan dalam Tesco Malaysia yang diperolehi pada tahun lepas.

Penurunan tahap untung bersih teras sebanyak 8.2 peratus kepada RM581 juta untuk tempoh enam bulan yang dilaporkan adalah disebabkan sumbangan lebih rendah daripada bahagian Perindustrian yang terkesan dengan kemerosotan jumlah jualan industri secara keseluruhan di China dan margin beroperasi yang lebih rendah di Australasia. Hasil menyusut sebanyak 4.1 peratus kepada RM21.2 bilion untuk tempoh tersebut. 

“Pada tahun lepas, kami ternyata telah mendapat manfaat daripada keuntungan sekali beri berjumlah RM272 juta daripada jualan kepentingan Kumpulan dalam Tesco Malaysia. Dari sudut keuntungan teras semata-mata, bagi S2TK2022, kami berjaya mencatatkan keputusan cemerlang walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar,  sekali gus membuktikan kekuatan asas kami dan strategi berkesan yang kami laksanakan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Dato’ Jeffri Salim Davidson.

“Ekonomi China tetap kukuh, diterajui oleh perbelanjaan pengguna. Bagaimanapun, kemelesetan perbelanjaan infrastruktur menyebabkan permintaan lebih rendah bagi peralatan berat, dan ditambah pula persaingan sengit daripada pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan China, telah menjejaskan perniagaan Perindustrian kami di China. 

Walaupun menghadapi perintah kawalan pergerakan separa di beberapa pasaran, permintaan bagi kenderaan motor tetap kukuh. Terdapat sedikit kesan daripada kekangan rantaian bekalan, dan ini telah menjejaskan jumlah jualan, terutamanya di China. Sebaliknya, operasi kami di Malaysia dipacu oleh margin lebih tinggi daripada jualan kereta manakala jumlah jualan kenderaan komersial kami mencatat peningkatan ketara di New Zealand pada suku kedua. 

China ialah pasaran kereta terbesar di dunia dan merupakan pasaran yang paling penting bagi bahagian Automotif kami. Kami terus yakin dengan potensi pertumbuhan di China dalam jangka panjang. Oleh yang demikian, kami akan terus berusaha meluaskan pengedaran kenderaan mewah dan elektrik. Kami kekal komited kepada strategi pertumbuhan jangka panjang kami, yang tertumpu pada pertumbuhan organik dan bukan organik bagi bahagian Automotif dan Perindustrian di Asia Pasifik. Kami yakin pertumbuhan geografi kami di 19 negara di rantau yang paling pantas berkembang ini dan lembaran imbangan kukuh kami memantapkan kedudukan kami untuk menghadapi cabaran jangka pendek dalam tempoh yang mendatang dan mengambil kesempatan atas sebarang peluang yang timbul,” kata Dato’ Jeffri.

“Walaupun menghadapi persekitaran operasi mencabar pada separuh pertama TK2022, sukacita kami mengumumkan pembayaran dividen interim sebanyak 4 sen,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Tan Yee Pheng
Komunikasi Kumpulan
Sime Darby Berhad
Tel: +60193816330
E-mel: tan.yee.pheng@simedarby.com